April 19, 2009

Masa Matrik Dulu 1

Standardlah budak UIA, wajib ambik Bahasa Arab. Kalau tak ambik derang kata tak boleh habis matrik, kalau tak habis matrik tak boleh keluar dari twilight zone yang kat PJ tu. Kalau tak keluar dari twilight zone kat PJ tu, kena stuck ngan pak guard-pak guard yang sadis. Kalau stuck dengan pak guard yang sadis, hati boleh jadi kering, otak boleh jadi mereng jadi gagahkan diri jugaklah belajar bahasa Arab. Susah gila wo, struktur bahasa dia cam BM sikit, tapi tatabahasa dia bapak punya kompleks. Dan seperti biasa, standardlah aku, buang peluang nak belajar benda yang elok. Susah la, leceh la, hari-hari kelas Bahasa Arab, tak minat lah....WOI BANYAKNYA ALASAN KAU CIK KAK!

Hari tu dapat balik result mid-term bahasa Arab. Kembang kempis lubang hidung bila tau aku lulus. Time tu aku cuba berlakon jadi pelajar cemerlang. Amy, checklah mana yang salah, mana tahu boleh perbaikkan lagi. Cewahh, monolog dalaman berbaur nasihat (I LIKE!). Sampai kat satu bahagian, bahagian tatabahasa yang isi tempat kosong. Tak tahulah benda alah tu panggil apa dalam bahasa melayu tapi dalam english orang panggil preposition. ala, yang atas, bawah, kana, kiri, di dalam, di luar tu sume.

Ustaz _________ Murid
(ni dalam bahasa Arab, aku translatekan untuk orang yang tak paham. hehe. Actually aku tak ingat murid dalam bahasa Arab gak)



Aku taruk;



Ustaz Fauqo Murid

Ustaz tu pangkah besar besar. Aikk camna boleh salah, nama preposition, apsal boleh salah? apa- apa yang aku taruk pun kira betul lah. Kalau ye pun salah janganlah emosi pangkah besar- besar. Benda salah lain die pangkah kecik je. Haisyy Ustaz. I dont heart you.

Masa Ustaz tu bincang, baru aku tahu kenapa dia buat cam tu.



Ustaz Fauqo Murid

Kalau ditranslatekan ke bahasa melayu, jadi;



Ustaz DI ATAS murid.

Oops. gila suggestive.Patutlah Ustaz emosi.

Kesimpulannya, tahap Bahasa Arab aku memang sangat hina.




P/S: Yay!!!!exam dah habis!!!!!

April 13, 2009

pada suatu hari...

Dah lama dah teringin nak makan roti gardenia butterscotch. Dah nak dekat seminggu carik kat semua kedai yang ada jual benda alah yang dipanggil roti ni.



"Dah abis,"


"esok ada kot"


"butter kat sana," (bongong, aku nak roti butterscotch, bukan butter!)



Selepas gigih mencari (kalaulah aku segigih ni bila stadi),Finally, benda yang diidam-idamkan sudah kujumpai di kedai Azlinah bawah jalan kat umah aku. Lepas bayar empat hengget, aku balik umah dengan hati yang puas dan suci. Punyalah suci hati aku ni, kalau aku hidup dalam dunia Dragonball, mesti boleh naik awan gerak-gerak tu macam Goku. Duduk depan meja, aku tak pedulikan ulser yang bertambah besar kat atas lidahku, lalu sesi melantak pun dimulakan.



Aku gigit roti tak bersalah tapi mengiurkan itu.

Aku kunyah perlahan-lahan

Air liur dirembeskan secukup rasa asal tak terkeluar dari kawasan dalam rongga mulut.

Aku telan.

Aku telan

Aikkk.




Ok, ulang semula proses.





Aku gigit roti tak bersalah tapi mengiurkan itu.

Aku kunyah perlahan-lahan

Air liur dirembeskan secukup rasa asal tak terkeluar dari kawasan dalam rongga mulut.

Aku telan.




Kureng, bile baru dapat jumpa dengan roti butterscotch lah hidung aku nak tersumbat. Deria rasa dan bau ku hilang.

Sejak dari peristiwa itu, memang terpaku dalam kepala otakku yang dunia ini keji lagi kejam.



*sniff sniff*

April 10, 2009

exam stress

sekarang ni tengah exam.
tapi saya seperti biasa buat-buat macam tade exam.
rasa cam nak give up pun ada..
eh, tabley tabley...
camne nak menakluk dunia kalau tak study untuk cost management accounting??!!!

on a lighter note, saya sudah diterima untuk buat practical training di sebuah syarikat yahudi pengeluar makanan yang terbesar di dunia.
*pats myself on the back*

"nanti bawak balik makanan/minuman/eskrem untuk i tau!!!!"
huhh...kawan aku sume oppurtunist.tapi aku tetap sayang korang sume walaupun u olzz ni geddgilzzz la..HAHAHA!!




ini entri cipan tonggek malas tahap alam...Sekian..

March 29, 2009

Earth Hour

Tadi Earth Hour korang tutup lampu tak?
kipas?TV?handphone?laptop?peti ais? machine life support?

Kalau ya, syabas.

The thing is, were you REALLY doing it for the sake of mother nature, or was it the cool thing to do?Something to talk about with your friends? Some kind of a guilt redemption scheme; alienate yourself from technologies for an hour with the hope that you could justify the need to switch on the air-con for the whole day- even when u're not in the room?

Aku tak sambut Earth Hour.

I was busy finishing up my EAP asignment. I thought i would lose out on the opportunity to be involved in some world-wide vote for mother nature. How I was wrong. Hakikatnya, kat umah aku sendiri, lampu porch dan backyard dibuka(mak aku masih paranoid pasal pencuri). Dalam gelap, terdengar bunyi kipas berpusing sambil sayup2 kedengaran suara gampang AC Mizal mengacarakan AF. Adik aku kata kite off je mane yg boleh kite off. TV taley bhaii...itu alat untuk membodohkan minda kita.

An hour past, and I don't think any significant thing actually happen. Mankind tend to forget(check the Holy Quran). Seriously, what do we expect? after that fateful hour, people will start realizing their mistakes? a massive increase in car poolers and public transport enthusiasts? no more trees cut down just to make millions of pamphlets for the masssive marketing effort of an hour worth of no electricity?

None of that will happen.

Look at that freeze unison thing. Betul ke semua yang beku hari tu untuk perpaduan kaum, keamanan dunia?Malaysians are still going around with wearing their race on the sleeve. Lebih setengah abad kita merdeka, masih ada yang mahu mendabik dada, katanya ini tanah milik hak mutlak sesuatu kaum.

I'm not trying to ruin the party. Keep patting yourself on the back, despite that you would still live your extravagant life full of wastage. On a positive note, at least this campaign could succeed in creating awareness about the magnitude of the environmental problem nowadays. People need to see that it is cool to be green, then they will be attracted to it, feel that they are involved and responsible to it. Slow and steady, we might be heading into a better living condition. But for now, please, please don't make it as an Earth Hour. Let's do our part in any way we can. That includes

  • Reduce, reuse,recycle (duhh!)
  • Put your air-con on timer-mode. you dont need to freeze when u sleep
  • Conserve water and energy whenever you can
  • jangan pakai bangkai binatang
  • cakap serupa bikin ah wei

macam lina cakap, takkan nak tunggu setahun lagi baru nak tutup letrik untuk sejam. Rasionalnya, kalau sayang boyfriend/ girlfriend, takkan kau cuma tunjuk untuk satu hari sajakan?mestila kita nak bagitau kat dia setiap minit setiap saat yang kita sayang si dia, kan?

Tunjukkan dunia keikhlasan cintamu.

March 25, 2009

Melaka-photoshoot trip

Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan rakan seuniversiti pergi ke Melaka. Walaupun penat kami tetap berasa gembira (gile bapak ayat skola rendah). Kami pergi ke Melaka untuk mengambil foto bersama kelas fotografi. Sambil itu, tujuan sekundernya ialah untuk menghabiskan duit UIA. Tujuan sekunder itu menunjukkan bahagian Peah si Anarkis saya(lari topik, sorry).


Anyway, it was a damn fun trip. I just bought a new camera the day before (camera dulu kena kebas bile rumah kena pecah masuk.Cilaka punya pencuri, aku harap hantu the Shutter ikut kau!!!). My photography skills obviously bukan tahap amatur, malah sehingga ke tahap hina. Tak caya tgk gamba di bawah. Sometimes the composition is ok, but the technique's so wrong, sometimes it is the other way round. I find it hard to strike a balance between timing, technique, composition, and most importantly; patience. I hope I'm just a work in progress, and not a rejected item -_-".





On the brighter side, photography has made me learn a lot about people. I striked a couple of short conversations with people around me regardless whether its the kids that I took their picture, their parents, and even the caretaker of an underconstruction Fort Michael. Gile ah Am, pandai ko gebang apek tu kate kitrong dari Harian Metro.

Apek: Sini taley ambik gamba

Aku: Sory uncle, nanti kitrong pegi

Apek:Haiyya, takpala. Lu dari mana?

Am: Harian Metro, esok muka uncle masuk suratkhabar la!!

Apek: Tamau la!!muka saya tak hensem, nanti malu sama kawan!

Fara: Tape...nanti wife uncle mesti suka!!^.^

Aku: *dalam hati* uncle, maafkan kami....


manusia-manusia yang menyendeng dengan aku pada hari itu: Fara, Mira, Hilmi & Am

February 27, 2009

procrastination kills (or at least it'll hurt your cgpa)

  • Saya ada assignment Marketing Research due Jumaat minggu depan
  • Saya kena hantar first draft untuk English for Academic Purposes dalam masa 6 jam
  • Saya ada quiz Marketing Research hari Rabu
  • Saya kena hafal lagu Jason Mraz sebab nak pergi concert dia Hari Khamis
  • Hidup saya kurang bahagia sekarang

But here I am, writing this blog, reading about some biologist who fished out a 800 pound stingray and drooling over cameras (PowerShot G10 sangat menggoda dan sexy). I mean seriously, Why am I doing this??? So i did some self reflection and I've come up with a couple of reasons as stated below.

  • saya melayu
  • saya malas
  • saya sudah tak minat belajar (tak minat pembelajaran yang formal ya, learning is a life long process afterall)
  • ikan pari itu sangat besar. Bayangkan kalau ikan pari tu kena tangkap masa nak dekat Gong Xi Fa Cai. Encik Lee dan keluarga pasti mati kekenyangan. "Ikan garupa masak ying yang boleh blah, " kata nenek Lee.

February 20, 2009

lepas sebijik, sebijik

Khamis lepas sememangnya hari yang istimewa. Senang cerita kita bagi nama hari itu Hari Menguji Tahap Kesabaran Amy. Mula- mula kereta aku terlanggar kereta apek kontraktor ni. Begini ceritanya....(insert OST Lord Of The Rings)

Kerana kelaparan yang tahap anak yatim Timor Leste, aku, Malin, Huda dan Muaz pergi makan kat Nasi Lemak Antarabangsa (yang kat Taman Melati). Selesa punya pasal, aku cuba parking kat tempat curam tu. Manalah nak tau tertekan minyak masa gear still kat Reverse(aku bimbo) jadi terlanggar kereta Proton Putih nih. Orangnya tiada. Terfikir jugak nak langgar lari, tapi kalau benda ni jadik kat aku, mesti aku tension. Jadi tinggallah nama and no telefon. Nasib baik uncle tu muka tenang macam Buddha. Lagi tenang dan berseri mukanya bila aku kene bayar RM 600. There goes my dream of having an SLR camera. Damn..

Tapi insiden ni mengajar aku lebih berhati- hati. Lagi satu, aku akan cuba mengurangkan mencarut dalam kereta. Mungkin sebab aku selalu komen pasal orang, sekali terkena sebijik kat muka aku. Tak berkat bawak kereta nih. Terima Kasih Tuhan, I've learnt my lesson.

Hari ini hari pre-registration period. Kiranya nak register untuk semester terakhir aku duduk kat twilight zone ni lah. Sekali lagi teruji kesabaran bile registration kene block. What the fuschia??!!Aku benci birokrasi tak bertempat....

Sempat ke aku graduate akhir tahun ni??

Tapi bila fikir balik, memang salah aku pun dua- dua insiden ni. Yang aku jadi bimbo sangat langgar kereta Pak Cik Buddha apsal? Yang aku lambat bayar yuran kenapa? Memang insiden kedua tu ada salah aku. Tapi sebagai seorang pelanggan Universiti, tak boleh ke kalau UIA ni ada sistem yang lebih efisien?Macam bagitau lah student tu berapa dia kene bayar on the spot!Habis database yang korang habis berpuluh (mungkin beratus) ribu hinggit tu buat ape??Ape relevan aku kene tunggu isi borang financial statement pastu tunggu lagi??Bising kat kitorang buat kerja last minute, bila korang pun buat kerja last minute apa barang?? Ape guna MyIIUM tu kalau korang tak update status kitorang??Haihh...aku emosi...

According to Kaizen, only 30% of errors results from the inadequacy of the employees. The rest is the systems fault. As such, why can't this institute of education act to improve the quality of the systems, especially the ones which have direct contact with the students?Aren't you burdening your students with new implementations that you fail to notify us in the first place. I believe the tools for improvement are there, the implementation part is the one that needs a lot of work.

Then again I do think that this university has proven the Kaizen theory wrong. I believe that more than 45% of the errors done here is due to the employees.
Mereka perlu senyum selalu. Senyum itu sedekah.