April 13, 2009

pada suatu hari...

Dah lama dah teringin nak makan roti gardenia butterscotch. Dah nak dekat seminggu carik kat semua kedai yang ada jual benda alah yang dipanggil roti ni.



"Dah abis,"


"esok ada kot"


"butter kat sana," (bongong, aku nak roti butterscotch, bukan butter!)



Selepas gigih mencari (kalaulah aku segigih ni bila stadi),Finally, benda yang diidam-idamkan sudah kujumpai di kedai Azlinah bawah jalan kat umah aku. Lepas bayar empat hengget, aku balik umah dengan hati yang puas dan suci. Punyalah suci hati aku ni, kalau aku hidup dalam dunia Dragonball, mesti boleh naik awan gerak-gerak tu macam Goku. Duduk depan meja, aku tak pedulikan ulser yang bertambah besar kat atas lidahku, lalu sesi melantak pun dimulakan.



Aku gigit roti tak bersalah tapi mengiurkan itu.

Aku kunyah perlahan-lahan

Air liur dirembeskan secukup rasa asal tak terkeluar dari kawasan dalam rongga mulut.

Aku telan.

Aku telan

Aikkk.




Ok, ulang semula proses.





Aku gigit roti tak bersalah tapi mengiurkan itu.

Aku kunyah perlahan-lahan

Air liur dirembeskan secukup rasa asal tak terkeluar dari kawasan dalam rongga mulut.

Aku telan.




Kureng, bile baru dapat jumpa dengan roti butterscotch lah hidung aku nak tersumbat. Deria rasa dan bau ku hilang.

Sejak dari peristiwa itu, memang terpaku dalam kepala otakku yang dunia ini keji lagi kejam.



*sniff sniff*

1 comment: