Sekarang tengah hujan. Kalau pandang kat luar boleh nampak dua bumbung. Satu baru kaler, eh, cat. Satu lagi dah lama tak cat. Miskin betul jiran aku tu. Tu la kauuu, sapa suruh bela anjing takde kesedaran sivik yang suka melantak dan melalak, nak cat bumbung pun tak mampu. Pfft, dah la suka baling najis anjing merata-rata bila nak cuci belakang umah kau. Kesian Indon potong rumput terpijak tahi anjing kau.
Takda correlation najis anjing dengan bumbung rumah, jadi mari kita abaikan perenggan pendahuluan di atas.
Nanti sambung balik cerita. Cheng Lye dah hantar sms mintak amik dia kat LRT, pastu amik Sara kat Uptown pulak. korang memang beruntung mempunyai sahabat yang menganggur tapi penuh dengan nilai-nilai murni Pendidikan Moral. Sanggup aku potong waktu bertafakur atas katil untuk korang.
Ya, sila sayang aku. Kasi penganggur ini makan free juga satu nilai yang murni. Nama nilai dia benevolence (tatau apa nilai dia dalam Bahasa Melayu)
No comments:
Post a Comment