Ya, saya tahu saya dah lama tak blog, dan kekerapan memblog(betul ke tatabahasa?)sangatlah kurang. Tapi bukan ramai orang yang baca blog ni pun, kalau ada pun, muka-muka yang memang tahu perkembangan hidupku, so takpelah kan? Takpe, untuk hiburan korang, aku cuba mereka, eh, memberi alasan munasabah kenapa aku jarang blog. Therefore, in no order of importance, the top ten reasons why I don't blog/ I blog sparringly.
1. Aku banyak kerja.
Ini memang agak tipu walaupun ada kebenarannya (pandai-pandai paham sendiri). Hidup saya memang kurang produktif. Bangun, pergi kerja, balik kerja, bukak tenet, tidur. Kadang-kadang saya bersosial. Selalunya tidak. Hidup saya bukan kehidupan seorang rockstar. Mungkin ini membawa kepada alasan no.2.
2.Saya tiada bahan penulisan untuk memblog
Hidup saya agak membosankan. Saya seorang hermit. Hermit tu apa? kau memang tak suka menggoogle. Hermit tu bukan kermit. Hermit tu manusia yang suka menyendiri, duduk dalam hutan, makan akar kayu, bertapa atas batu, tak suka jumpa orang. Aku pun tak tahu hermit tu hobi dia apa. Mungkin dia pun suka dengar The Strokes cam aku. Mungkin dia pun sangat ketagih buku Paulo Coelho. Sumpah aku tak tahu. Kermit tu apa? Zaman kanak-kanak kau mesti kosong gila. Apa kau buat? Kermit tu katak dalam Sesame Street la...reporter yang suka cover cerita-cerita bodoh. Biasalah, katak bawah tempurung, orang makan buah pun dia excited. Walaupun begitu, Kermit the frog mempunyai etika kewartawanan yang lebih hebat dari wartawan hiburan Malaysia. Serious. Aww, Mama Juwie janganlah marah, OK AKU BARU PERASAN AKU LARI DARI TOPIK LAGI!!!
3.Aku malas
Memang aku suka menulis. Kawan- kawan dari sekolah semua tahu. Tapi semua orang pun tahu aku ni memang malas. Mungkin sebab aku Melayu. Mungkin sebab aku memang begitu. Tapi nak start menulis tu memang seksa. Seksa seksa seksa. Jadi aku pun tak menulis. Bukannya sebab ada benda bapak best nak buat pun. Jangan marah lin, lain kali i rajin hapdate blog ni. Kalau tader benda nak tulis I hapdate muka you yang comel cam Hamster tu. Pastu blog ni jadik shrine untuk you, berjuta orang datang sini nak tenung muka you tengah masak, makan, senyum, tidur, ok, i tatau memang i tader gambar tu semua SEKARANG, tapi nanti i bley jadik stalker sebab i dah tade kerja. Serius. Jangan pandang belakang. WOIII JANGANLAH PANDANG BELAKANG!!!!
4.Aku Diva
Sebab aku Diva aku tanak komen banyak banyak. Sila tunduk hormat kepada aku. Ya, tunduk lagi. Ok, sekarang pergi kedai belikan i eskrem. Eh, eskrem Malaysia apa kelas dengan I yang Diva nih..
5. The moment has gone by..
Selalu bila aku lepak, dan tader access Internet, memang banyak gila idea apa nak tulis. Ataupun benda-benda yang boleh dikira best dibuat dan best diblog tu ada. Tapi sebab selalu tangguh, benda tu dah jadi basi. Dah tak best dah nak bercerita.
Ok, tau, aku memang janji sepuluh, tapi dah tader alasan lain la...So in a nutshell, apa aku buat selama 1 minggu nih?
- lepak ngan kawan-kawan kat Uptown/Rasta/Mosin/Santai/flea markets
- went for an Isaac Entry's show at Laundry
- overall a good weekend
- i hate waking up early in the morning to go to work.
No comments:
Post a Comment