June 13, 2010

30 Hari Mencari Cik Muse

Dah lebih sebulan duduk dekat rumah menganggur. Apa pencapaian aku?

Tiada pencapaian.

Oleh itu, sebab aku mahu start gatal menulis kembali, tapi kurang idea, saya curik idea dari Cik Tasha untuk ikut sama projek 30 hari menulis. Jadi mari saya membebel,eh,menulis dengan entri pertama

Day 01- Your Favourite Song



Memang susah nak pinpoint favourite song aku yang mana. Terlampau banyak. Tapi sebab aku baru beli CD Malique and the Essentials dan tengah masyuk melayan lagu-lagu mereka, aku taruk kat sini lagu Mata Hati telinga .

Satu cerita tentang manusia
Coba 'tuk memahami arti cinta
Benarkah cinta diatas segalanya
Hanyakah itu satu-satunya

Yang menjadi alasan untuk menutup mata
Tak melihat dunia yang sesungguhnya
Dan menjadi jawaban atas semua tanya
Yang kita harap mampu mewujudkan sebuah akhir bahagia

Buka mata hati telinga
Sesungguhnya masih ada yang lebih penting dari sekedar kata cinta
Yang kau inginkan tak selalu
Yang kau butuhkan mungkin memang yang paling penting
Cobalah untuk membuka mata hati telinga

Adakah kau rasakan kadang hati dan fikiran
Tak selalu sejalan seperti yang kau harapkan
Tuhan tolong tunjukkan apa yang 'kan datang
Hikmah dari semua misteri yang tak terpecahkan



Indah bukan liriknya? Aku tafsirkan "cinta" yang dimaksudkan di sini adalah cinta sesama seorang perempuan dan lelaki (bf/gf punya cintun la).Aku sebenarnya dah penat gila jawab soalan kawan-kawan/ sedara-mara yang cakap:

"You dah ada boyfriend? Tipulah takde!"
"Kenapa you takde boyfriend"
"You ni memilihlah!"(Ini tipu. Bukan aku yang memilih, tapi orang lain yang memilih.haha!)
"Camne you boleh hidup takde bf?"(pakai oksigen la!)
"Tak takut ke nanti suma dah kena rembat?"
"Orang kata, time universiti la cari bf. Bila dah kerja nanti semua dah ada yang punya"(Kalau ikut logik yang tak logik ini, memang konfem aku single sampai mati, lagipun aku dulu kat UIA, laki normal macam haram susah nak carik.)

Penatlah layan orang yang hidup dia cuma untuk bercintan-cintun ni. Cen't you guys open up your world just a little bit more? Macam lagu ni cakap, betulkah cinta itu mengatasi segalanya, sampai kita tak mahu melihat realiti dunia atau realiti situasi diri sendiri?

Sometimes the heart should follow the mind, sometimes the heart should tell the mind to stay at home and stop interfering-Unknown


But most of the time, the heart can be plain retarded. Especially when you've ignored it for a long time. Which is probably why the brain is anatomically designed to be on top. Mata dan telinga juga berada dekat sekali dengan bahagian otak,bukan?

See with your eyes, listen with your ears, deduce with your brain and act with a heart.

June 6, 2010

checklist

1. Baju Checked.

2. Cameras Checked.

3. Films Checked.

4. Charger camera Dammit. Time ni la ko nak hilang. Dah la tinggal satu bar je T_T!!

5. Berlagak dengan semua orang yang kau dah jadi jutawan Checked

6. Downloading songs into handphone. Pending

7. Google apa itu nasi liwat dan kek pan***. Checked.(halal untuk dimakan).

8. Praktis muka miskin supaya peniaga rasa kesian untuk menipu. Oh, muka miskin juga berguna untuk pergi ke kedai kamera mintak tolong charge bateri. Dah memang bakat semulajadi. Checked.


Indonesia, here I come!!

June 5, 2010

Nenek dan Generasi Kanak-Kanak Malang

Tersebutlah kisah, sekumpulan anak-anak yatim yang kurang bernasib baik tinggal bersama seorang nenek tua di pinggir sebuah kampung. Pada zahirnya, nenek itu kelihatan sangat mulia dan baik. Ye lah, jaga anak yatim, gila tinggi pahala dia. Dah la nenek ni pandai gila gebang kat orang kampung pasal kemuliaan hati dia menjaga anak yatim. Perghh, PR tak boleh tahan, BHP ngan A Famosa patut upah nenek ni.

Apa yang orang kampung tak tahu, nenek ni gila manipulatif. Dia kutip anak-anak yatim ni pun sebab nak duit Jabatan Kebajikan Masyarakat.Kalau duit yang dia dapat untuk kegunaan anak yatim, takpe, ni dia pakai untuk beli lipstik merah menyala (tak padan dengan umur) yang akan digayakan dengan baju bercorak zebra. Nenek ni ingat dia Madonna ke? Akibatnya, anak-anak yatim piatu di bawah jagaannya melarat tak cukup makan dan tak cukup segala-galanya lah!

Tak tahan dengan perangai nenek, Ali, salah seorang daripada anak yatim tersebut bertanya kepada nenek itu.


Ali: Nenek, boleh saya tahu, kenapa kami tak cukup makan?

Nenek:Sebab aku takde duit.

Ali: Jadi kenapa nenek jaga kami?

Nenek: Sebab aku nak buat duit.

Ali: *keliru*. Habis mana hasilnya?

Nenek: Kau jangan banyak tanya. Masa aku muda dulu-dulu,iaitu lebih kurang 500 tahun sebelum Masihi; aku tak pernah banyak tanya kat orang yang lebih tua kenapa itu, kenapa ini. Aku sangat mengagumi orang yang terdahulu. Apasal budak-budak zaman sekarang banyak songeh,hah??!!!

Ali: Kalau saya tak tegur, apa nak jadi dgn rumah ni, bukan ke ni hak kami? nenek pernah hantar income pergi audit tak?

Nenek: Inilah dia budak2 sekarang. Bukan budaya kita untuk mengaudit!. Duduk terima sajalah apa yang aku buat!

Ali: Walaupun kami akan kebulur?

Nenek: ya, walaupun kau kebulur. Ko jadi macam ni pun sebab semua salah korang sendiri! Aku tak dapat beli liptick Bobby Brown no.07 pun sebab korang tau tak?! Kita jadik macam ni pun semua sebab salah korang anak muda!!

Ali: Macam mana pulak ni salah kami?

Nenek: PHHHWWWWOOOOAAARRRRRR, KAU MEMANG SUKA BERTANYA. AKU BENCIIIII ORANG YANG LAGI MUDA/HENSEM/PANDAI DARI AKU.HAMIKKK KAAAUUUU!!!


Lalu nenek itu mengalami transformasi fizikal. Gigi dia menjadi lebih banyak dan tajam daripada tadi, badan menjadi lebih berbulu daripada biasa, habis baju zebra dia di carik-carik tanda protes (juga sebab badan dia dah besar, baju zebra dah tak muat). Badan pun kaler hijau.

Lalu Ali dipatah-patahkan dan dibaham oleh nenek jadian itu. Oh sebelum dibaham, Ali sempat dicicah sos Jalen.

Keesokan hari, kecoh satu kampung Ali hilang. Masyarakat kampung mencurigai nenek. Ada yang mati-mati kata derang nampak ngan mata sendiri apa yang terjadi. Nenek menafikan sekeras-kerasnya, dan seperti biasa, orang kampung menerima kenyataan nenek itu walaupun ramai yang tak percaya. Maka, dengan itu, insiden itu dilupakan seperti insiden-insiden yang lain di kampung tersebut.



Disclaimer: Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Daging manusia tidak mungkin sedap dicicah dengan sos Jalen.

May 29, 2010

Of Chocolates and Cookies

You know your day went well when;

1. You have to wake up earlier than you want to because mum tells you you're not carrying your weight around the house so please wake up at this ungodly hour to send your sister to tuition. I have to agree with her. Ever since I am funemployed, my weight has been pretty much supported by my bed.

2. Gets pretty annoyed by Mel when she does not answer your calls for the last 30 minutes and you're starting to wonder is she still asleep? Knew that you should've stuck to 10.40, not 11 when trying to negotiate a time with another funemployed person.

3.Gets pissed when the Abang Minyak (who eerily reminds you of the Orang Minyak) wants you to pay at least RM 30 for your petrol if you wanna pay using Debit Card. When are we Malaysians gonna jump on the cashless bandwagon?

4. Reached Mel's house only to found out the reason she was late was because of her gastric. Haih, you know you can't be pissed because of that. Decided this person is worthy of your love and friendship again.

5. Had fun with the girls despite the heavy traffic jam to Bangi (kesian Anith). Conversations on career path, cute baby videos on YouTube, and good parenting skills reminds you that you are not sixteen, so please find a possible male specimen to mate with (if possible with Adonis good looks, intelligent, good conversation skills, funny and prefers to do the house chores, cause you don't).

6. Figured out the above characteristics is almost impossible to be found in men, decided to invest in cats with long life span.

7. Arrived at Beryl's in Bangi (population: not many), and came up with the conclusion that even if they don't have that many selection for the free buffet, the chocs are still good. Embarrassed one self when you made a beeline to the chocolates only to discover that there was a long queue that you are unaware of cause Oh My God, free chocolates are simply diviinneee. Decided to rationalise that it is your God-given rights to ignore queues cause you're a Malaysian, maa!

8. After one round, you decided that you had enough, but figured out, this is unfair! we came all the way to Bangi (toll: RM 3) only to eat a couple of chocolates? Ili suggested that we should "pack" some of the chocolates home. Thus, you and your silly friends decide to go for more rounds and chuck the chocolates inside a makeshift containers inside you and your friend's bags. Gets mortified when you see a sign that says "Smile! there's CCTV cameras around the premise". Says WTF? and goes for another round with your friends.

9. To compensate for your kampungness, you and your friends went for a small chocolate shopping spree that costs you RM5. Went back and had lunch at Subang Parade with waiters and passersby gawking at you while you and your friends redistribute your loot.

10. Went to Mel's house to bake some cookies. Bought some home and the cookies were finished in 20 minutes. Fished some compliments from your family members and perasan you're the next Nigella Lawson only more awesome.

I wonder what's gonna happen tomorrow???
Wooooooooossssssshhhhhh~~

May 27, 2010

Sunrise

Baru dapat tidur tadi pukul 8, lepas satu malam suntuk buat kerja. It was nice to actually experience sunrise after all these years :)

Selama aku hidup ni, mama tak pernah kasi tidur terlajak. Dia mesti suka gerak dgn rakusnya membebel/cuit bawah betis sampai kaki cramp OMG SAKIT GILA NASIB BAIKLAH YANG BUAT TU IBU TERCINTA TAK JADI NAK DERHAKA,OKAYY!. Dahlah selalu pakai template "anak dara tak boleh tidur siang blablablabla, tak tau malu ke blablabla". Apsal kena malu? bukannya laki tahu pun. Hahaha. Ok, sekarang semua dah tahu aku suka tidur terlajak =_="

Aku: Kawan Along okay je mak dia kasi tidur sampai petang sume.
Mama: Habis nak jadi apa tidur sampai petang?
Aku: jadi beruang?
Mama: pungkok hang...

Tapi hari ni mama cool okayy tak gerak langsung, siap tutup pintu bilik tanak kasi dengar dia bukak cerita telenovela Sepanyol yang ada mamat tua rambut panjang muka pengemis sebagai watak hero. Siap kasi day-off dari jadi supir, tak payah amik adik-adik balik dari sekolah. Hasilnya, pukul 2 baru aku bangun.Tapi rasa pelik gila bangun masa petang. Sangat tak normal. Selalunya pukul 2 tu saya dah bersiap sedia untuk tidur kembali, ni pukul 2 baru bangun? Apsal mama tak bising-bising? Rasa macam....



...kurang dikasihi.

May 25, 2010

Le Sigh

Why do you have to make me feel like I miss having conversations with you?
Not good.
Dislike >.<

Well,
Maybe a lil bit of like :)

Aaarghhh!
Doe Wannn to fren yous.

May 19, 2010

Nyemplung

Apa itu nyemplung?

Kawan saya dari Indonesia post status yang ada perkataan ni. Tak nak buat orang lain rasa menyampah, dari tanya kat dia terus, saya google dulu. Saya cintakan google. Orang kata google jahat pun, jahatlah. I NEED GOOGLE IN MY LIFE. Lepas google perkataan nyemplung, terdapat 72,300 carian dalam masa o.8 saat. Inilah kehebatan boyfriend saya. Mungkin lepas ni, kalau anda google balik ayat nyemplung tu ada 72,301 carian(tapi masih dalam masa 0.8 saat). Antara jawapan nyemplung mengikut kata Encik Google;

1.HIDUP IBARAT ANAK NYEMPLUNG DI SUMUR TUA PENUH ULAR BERBISA & MADU MANIS.

Apakah? mengikut kata Pak Pahit Banget;"Tamsilan hidup penuh bisa beracun tetapi menggiurkan karena manisnya madu yang ada di sekitarnya." Woww, cantiknya maksud peribahasa ni, tapi masih tidak dapat menjawab soalan. Tambahan pula, sumur itu apa?


2.Tempointeraktif.Com - Korban Mobil Nyemplung Warga Banten

korban mobil= kereta kemalangan. Tapi nyemplung tu apa? Banten tu kat mana (ingatkan saya google Banten)


3.IHSG – Rupiah Nyemplung ke Zona Merah Berita Terkini Info Terbaru .

Masih tak jawab soalan. Mungkinkah nyemplung ini satu benda yang tak elok sampai buat Rupiah ke Zona Merah?

4.Luna Maya Nyemplung Di Kolam RCTI | Dunia Celeb Gosip Artis Foto ...

Laaa nyemplung tu berenang ke?Faham, faham, faham.


Terima kasih Encik Google. Tapi sumur itu apa??