Tersebutlah kisah, sekumpulan anak-anak yatim yang kurang bernasib baik tinggal bersama seorang nenek tua di pinggir sebuah kampung. Pada zahirnya, nenek itu kelihatan sangat mulia dan baik. Ye lah, jaga anak yatim, gila tinggi pahala dia. Dah la nenek ni pandai gila gebang kat orang kampung pasal kemuliaan hati dia menjaga anak yatim. Perghh, PR tak boleh tahan, BHP ngan A Famosa patut upah nenek ni.
Apa yang orang kampung tak tahu, nenek ni gila manipulatif. Dia kutip anak-anak yatim ni pun sebab nak duit Jabatan Kebajikan Masyarakat.Kalau duit yang dia dapat untuk kegunaan anak yatim, takpe, ni dia pakai untuk beli lipstik merah menyala (tak padan dengan umur) yang akan digayakan dengan baju bercorak zebra. Nenek ni ingat dia Madonna ke? Akibatnya, anak-anak yatim piatu di bawah jagaannya melarat tak cukup makan dan tak cukup segala-galanya lah!
Tak tahan dengan perangai nenek, Ali, salah seorang daripada anak yatim tersebut bertanya kepada nenek itu.
Ali: Nenek, boleh saya tahu, kenapa kami tak cukup makan?
Nenek:Sebab aku takde duit.
Ali: Jadi kenapa nenek jaga kami?
Nenek: Sebab aku nak buat duit.
Ali: *keliru*. Habis mana hasilnya?
Nenek: Kau jangan banyak tanya. Masa aku muda dulu-dulu,iaitu lebih kurang 500 tahun sebelum Masihi; aku tak pernah banyak tanya kat orang yang lebih tua kenapa itu, kenapa ini. Aku sangat mengagumi orang yang terdahulu. Apasal budak-budak zaman sekarang banyak songeh,hah??!!!
Ali: Kalau saya tak tegur, apa nak jadi dgn rumah ni, bukan ke ni hak kami? nenek pernah hantar income pergi audit tak?
Nenek: Inilah dia budak2 sekarang. Bukan budaya kita untuk mengaudit!. Duduk terima sajalah apa yang aku buat!
Ali: Walaupun kami akan kebulur?
Nenek: ya, walaupun kau kebulur. Ko jadi macam ni pun sebab semua salah korang sendiri! Aku tak dapat beli liptick Bobby Brown no.07 pun sebab korang tau tak?! Kita jadik macam ni pun semua sebab salah korang anak muda!!
Ali: Macam mana pulak ni salah kami?
Nenek: PHHHWWWWOOOOAAARRRRRR, KAU MEMANG SUKA BERTANYA. AKU BENCIIIII ORANG YANG LAGI MUDA/HENSEM/PANDAI DARI AKU.HAMIKKK KAAAUUUU!!!
Lalu nenek itu mengalami transformasi fizikal. Gigi dia menjadi lebih banyak dan tajam daripada tadi, badan menjadi lebih berbulu daripada biasa, habis baju zebra dia di carik-carik tanda protes (juga sebab badan dia dah besar, baju zebra dah tak muat). Badan pun kaler hijau.
Lalu Ali dipatah-patahkan dan dibaham oleh nenek jadian itu. Oh sebelum dibaham, Ali sempat dicicah sos Jalen.
Keesokan hari, kecoh satu kampung Ali hilang. Masyarakat kampung mencurigai nenek. Ada yang mati-mati kata derang nampak ngan mata sendiri apa yang terjadi. Nenek menafikan sekeras-kerasnya, dan seperti biasa, orang kampung menerima kenyataan nenek itu walaupun ramai yang tak percaya. Maka, dengan itu, insiden itu dilupakan seperti insiden-insiden yang lain di kampung tersebut.
Disclaimer: Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Daging manusia tidak mungkin sedap dicicah dengan sos Jalen.
nice metaphor :-)
ReplyDeletetgk ni http://popteevee.popfolio.net/default.aspx?e=1064
ReplyDeleteiynas:hehe, yang faham tu fahamlah =P
ReplyDeleteshauqi:LOL, I love the intro! Pop TeeVee FTW