1) Bekas kekasih saya adalah...
seorang rockstar, Encik Julian Casablancas, vokalis The Strokes. Saya mem'bekas'kan dia kerana album ketiga dia sangat menghampakan. Mungkinkah kerana dia bukan lagi dibawah pengaruh alkohol dan dadah? Mungkin.
2) Saya sedang mendengar...
Arigatou- Home Made Kazoku
3) Mungkin saya patut...
belajar Photoshop pada kadar yang segera.Buat project paper praktikal.Campak Maxis broadband kat muka Encik Sandip Das
4) Saya suka..
kamu. Oh, saya suka kamera-kamera saya juga.
5) Sahabat-sahabat saya...
memang best susah nak explain.
yang perasan dia sahabat tapi langsung perangai tak sahabat;
thenggsss, tapi kau memang sumpah bapak tak best.
6) Saya tak paham...
kenapa manusia bodoh
7) Saya kehilangan...
benda dan orang. selalu jadik camtuh. saya pun tatau kenapa.
8) Ramai yang berkata...
saya tak betul. apa itu betul? macam sangat subjektif. macam sangat pasca moden pulak saya ni. betul ke pasca?ntah ahh..kau paham ke?aku pun tak paham.
10) Cinta itu adalah...
alasan untuk mengawan
11) Di suatu tempat, seseorang sedang...
buat apa yang saya mahu buat. boleh saya ikut kamu?
12) Saya akan cuba...
menjadi lebih optimistik dalam persepsi saya terhadap manusia. Tapi ini semakin hari semakin sukar.
13) Ayat SELAMANYA membawa maksud...
sebentar sahaja. Contohnya, ada orang kata aku cinta/sayang/sahabat kau selamanya (bapak geli). Itu tipu. bila dia jumpa benda baru, selama itu cuma sementara. Kita manusia memang ada ADD (attention deficit disorder). tak perlu marah kalau kau tak setuju, tapi ini hakikat. Manusia mudah lupa.
14) Telefon bimbit saya..
sudah retak menanti belah..hahah.
15) Bila saya terjaga...
saya nak tidur lagi lama, Tuhan kasi tidur selama-lamanya baru tahu.
16) Saya paling meluat...
tengok orang yang menjijikkan
17) Pesta/parti adalah...
tempat berjumpa dan bergembira dengan kawan. Takda arak/dadah/perempuan bogel pun pesta itu boleh jadi best kalau orang best.
18) Haiwan yang paling comel pernah saya temui...
semua haiwan.
19) Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah...
masa kecik-kecik
20) Hari ini...
saya pergi zoo. Saya penat
21) Malam ini saya akan...
buat bodoh
22) Esok pula saya akan...
pergi kerja, buat surprise party untuk ofismet(sumpah tak tahu colleague apa dlm bahasa)
23) Saya betul² inginkan...
duit sekarang.cukup untuk pergi melancong, dengar muzik, baca buku,makan, fotografi.
24) Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini...
mak oiii...kalau buat reconstructive surgery pun tak dapat tolong dah...
25) Pusat membeli-belah atau arked permainan...
dalam pusat membeli belah ada arked permainan.
26) Makanan barat atau Jepun...
Barat dan Jepun. saya makan semua benda tapi kalau makan makanan Jepun boleh hidup lama dan kelihatan muda.
27) Bilik yang terang atau gelap...
terang, saya takut gelap.
28) Makanan segera adalah...
makan segera supaya dapat mati segera
29) Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang...
dahhhhh, pintu library dah tutup dahh (mak saya memang paranoid)
30) Siapa yang anda ingin tag...
dah baca, ikut suka hati kau.
Terima Kasih,lin. Aku memang tengah bosan
no prob :)
ReplyDeletejust call my nameeee and i won't be thereee...
sbb i tak dengar..so, tolong sms atau telepong saya