June 15, 2009

Kalau dah terbaca...

1) Bekas kekasih saya adalah...
seorang rockstar, Encik Julian Casablancas, vokalis The Strokes. Saya mem'bekas'kan dia kerana album ketiga dia sangat menghampakan. Mungkinkah kerana dia bukan lagi dibawah pengaruh alkohol dan dadah? Mungkin.

2) Saya sedang mendengar...
Arigatou- Home Made Kazoku

3) Mungkin saya patut...
belajar Photoshop pada kadar yang segera.Buat project paper praktikal.Campak Maxis broadband kat muka Encik Sandip Das

4) Saya suka..
kamu. Oh, saya suka kamera-kamera saya juga.

5) Sahabat-sahabat saya...
memang best susah nak explain.
yang perasan dia sahabat tapi langsung perangai tak sahabat;
thenggsss, tapi kau memang sumpah bapak tak best.

6) Saya tak paham...
kenapa manusia bodoh

7) Saya kehilangan...
benda dan orang. selalu jadik camtuh. saya pun tatau kenapa.

8) Ramai yang berkata...
saya tak betul. apa itu betul? macam sangat subjektif. macam sangat pasca moden pulak saya ni. betul ke pasca?ntah ahh..kau paham ke?aku pun tak paham.


10) Cinta itu adalah...
alasan untuk mengawan


11) Di suatu tempat, seseorang sedang...
buat apa yang saya mahu buat. boleh saya ikut kamu?


12) Saya akan cuba...
menjadi lebih optimistik dalam persepsi saya terhadap manusia. Tapi ini semakin hari semakin sukar.


13) Ayat SELAMANYA membawa maksud...
sebentar sahaja. Contohnya, ada orang kata aku cinta/sayang/sahabat kau selamanya (bapak geli). Itu tipu. bila dia jumpa benda baru, selama itu cuma sementara. Kita manusia memang ada ADD (attention deficit disorder). tak perlu marah kalau kau tak setuju, tapi ini hakikat. Manusia mudah lupa.

14) Telefon bimbit saya..
sudah retak menanti belah..hahah.

15) Bila saya terjaga...
saya nak tidur lagi lama, Tuhan kasi tidur selama-lamanya baru tahu.


16) Saya paling meluat...
tengok orang yang menjijikkan


17) Pesta/parti adalah...
tempat berjumpa dan bergembira dengan kawan. Takda arak/dadah/perempuan bogel pun pesta itu boleh jadi best kalau orang best.


18) Haiwan yang paling comel pernah saya temui...
semua haiwan.

19) Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah...
masa kecik-kecik

20) Hari ini...
saya pergi zoo. Saya penat


21) Malam ini saya akan...
buat bodoh

22) Esok pula saya akan...
pergi kerja, buat surprise party untuk ofismet(sumpah tak tahu colleague apa dlm bahasa)


23) Saya betul² inginkan...
duit sekarang.cukup untuk pergi melancong, dengar muzik, baca buku,makan, fotografi.


24) Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini...
mak oiii...kalau buat reconstructive surgery pun tak dapat tolong dah...


25) Pusat membeli-belah atau arked permainan...
dalam pusat membeli belah ada arked permainan.

26) Makanan barat atau Jepun...
Barat dan Jepun. saya makan semua benda tapi kalau makan makanan Jepun boleh hidup lama dan kelihatan muda.


27) Bilik yang terang atau gelap...
terang, saya takut gelap.

28) Makanan segera adalah...
makan segera supaya dapat mati segera

29) Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang...
dahhhhh, pintu library dah tutup dahh (mak saya memang paranoid)


30) Siapa yang anda ingin tag...
dah baca, ikut suka hati kau.



Terima Kasih,lin. Aku memang tengah bosan

June 9, 2009

jangan kau bimbang sayang

Kau tak perlu risau.manusia semua sama.satu hari kau ditinggalkan.esok lusa giliran kau pedajal orang lain. Istilah kawan hanyalah digunakan untuk sementara. Bila kau dah tak berguna, blah la wei. Kau sama, aku sama. Apa nak heran?

Bila kau tension jumpalah kawan terbaik kau. Bila rasa nak bersetan ngan kawan yang ko sendiri rasa bukan kawan, pergilah. Sila jahanamkan hidup kau.Bila dah rasa jahanam, meh la repot kat aku, kata kau menyesal sangat. Menyesal tapi suka. Ulang langkah pertama sampai dah terjahanam taley nak repair. Silakan.

Kalau aku kata aku pun ada masalah, memang susah gila kau nak percaya,kan? amy the story teller ni memang suka reka cerita.

Mesti best gila pakai emotional blackmail nak suruh orang ikut kehendak kau,kan? Best gila aku cakap, aku rasa aku pon ada pakai sekali- sekala.

Selalunya aku selalu mau tolong. Mesti mau tgk secara neutral, kalau tak positif. Tapi sekarang, aku sudah capek layan orang buat sementara waktu. PMS mungkin?

June 3, 2009

Majulah Sukan Untuk Negara

Ya, jangan tercekik tulang ayam yang kau tengah hisap tuh (memang sangat geli dgn perkataan hisap).

Saya sudah mula berjogging. Ok, bukan berjogging, maybe brisk walk...ok lah, ada jugak jalan lenggang mak kangkung korang nih suma memang SANGATLAH SKEPTIKAL NGAN AKU KAN KAN KAN???!!!

Weh basbistazz, janganlah gelak...

Best jugak berjogging ni, walaupun ada sedikit terseksa dan terhina. Terhina sebab ada apek tua ni boleh overtake aku. Gila tercabar doh, tgk bontot apek tu kat depan aku. Rilek je dia, aku dah tercungap-cungap. Pastuh aku overtake dia, pastuh dia nak overtake aku lak, tapi aku tak bagi.hahaha. OK, aku tau sangat pathetic boleh lawan ngan orang tua, tapi itu sajalah kekuatan stamina aku yang aku mampu =_=". Sedih, tapi nak buat caner weyyyyy..

But at least it was better than previous days...we finished one round faster



entri ni aku tulis semalam. line maxis sangat bengong. WOIII MAXIS!!! nak berniaga ke tidak!