April 4, 2010

Good (?) friday????

Keta Gen 2 tu sumpah suwey. Efektif tak kalau aku kasi si Natasha ni mandi bunga? Baru dapat hari Selasa, dah kena pecah masuk hari Jumaat. Duit melayang lagi kena ganti tingkap. Went to Plaza Idaman to get something cheap there. Was my fault too. Apsal aku pergi ghetto rempit? Kan keta dah kena pecah masuk, hp kena curik??!!

Reason to go to that God-forsaken place: Beli handphone baru.

Alanis Morisette mesti faham perasaan aku,kan,kan,kan???

Dah la handphone yg cabuk gila tu je yang dia amik. Phone tu aku dah pakai lima tahun kot. Kalau dia curik sekali buku "I too, am Malay"-Zaid Ibrahim, mungkin aku akan doakan kejayaan dia. Sebab ini menunjukkan yang dia mahu buat anjakan paradigma bila dia nak baca buku macam tu. Tapi mamat tu tak amik pun buku yang amat bernilai untuk panduan orang Melayu. Kesimpulan? Sekarang kita tahu kenapa kerja dia pecah keta orang.

Tapi aku cool. Mungkin sebab dah biasa pergi balai polis (bunyi cam hardcore gile). Masa tengah tunggu giliran jumpa Encik Inspektor, aku dengan Malin sempat lagi buat perbandingan antara sistem pendidikan di Malaysia, Syria, France dan USA. Kenapa? Mungkin sebab kami kecewa sistem pendidikan kat sini cuma berjaya mengeluarkan masyarakat Copy Paste yang sangat suka ikut apa pendapat majoriti tanpa menggunakan akal sendiri. Walaupun bunyi macam aku sangat derhaka, percayalah,pelajar2 kat Malaysia sangatlah bodoh. Semua salah sistem/ masyarakat/ budaya penakut/ individu tu sendiri. Ok, balik-balik cerita kereta.

Bila pergi balai polis, inspektor tu tanyalah soalan-soalan standard procedure. Salah satu soalan dia adalah:

"Ada awak syak siapa-siapa?"

Aku nak jawab "Rempit kita". Tapi, malangnya, aku kasi jawapan demokratik;

"Tak." Jawab aku dengan muka ahli politik.


Best part of the day? When I called my parents, these are their responses;

Mama: Habis esok camne nak amik Angah?
Ayah: Nanti hujan keta camna??

NICE.

3 comments:

  1. your parents punya responses.. aduhai!! sorry to hear the news wei, but this is a nice entry though!

    ReplyDelete
  2. hahaha..tu la pasal..keta ni memang dah jatuh hukum WAJIB dijual!!

    Puan Polis yg kat kaunter tu pun cakap "Baru-baru ni awak ada buat repot pasal keta jugakkan?"

    oh, and bila baca balik, bukan dgn jawapan demokratik, tapi diplomatik..heheh..

    ReplyDelete
  3. haha..hardcore gile selalu gi balai!! oh, pasal education system tu setujuh 100%!!!

    ReplyDelete