January 26, 2009

entri pertama yang tidak relevan

Encik Ali pekerja gomen sedang berjalan-jalan. Dia jalan- jalan sebab dia sedang mencari makanan untuk masa rehat petang. Mentang-mentang die pekerja gomen, dia tidak perlu masuk kerja awal."Biar aku menghabiskan duit taxpayers, peduli apa aku jabatan pendaftaran tu sesak cam neraka?" getus hati kering Encik Ali. Sedang dia berjalan, dia ternampak seorang makcik jual cucur udang. Lalu Encik Ali pun pergi ke gerai makcik tu. makcik apa?makcik jual cucur udang la...


Encik Ali: Makcik, cucur udang berapa?


Makcik: satu seringgit.


Encik Ali: Mak aihh, mahalnyee...


Makcik: Suka hatilah, aku advocate corporatist..


Encik Ali: Bagi saya due ringgit..


Lalu berlalulah Encik Ali dari gerai cucur udang kapitalis-slash-corporatist itu. Sambil dia berjalan, dia pun mula melantak cucur udang mak cik itu. Tengok - tengok tadak udang pun dalam cucur udang tu. Dengan muka yang bengis, Encik Ali kembali


Encik Ali: Mak cik! ini boleh bikin menyirap nih!!!ni ah orang melayu...blablabla..dari dulu...blablabla...cam ne nak maju..blablabla (encik ali ada degree antropologi). Apsal cucur udang ni tadak udang??!! Ini bukan cucur udang la kalau tadak udang!



Mak Cik: Habis, ko pernah nampak badak ke dalam cucur badak??!!


Encik Ali:.....



Apa signifikan lawak yang cuma layak diulang kat channel @15 ni? Kenapa mak cik ni nak kena banding cucur badak dengan cucur udang?Memanglah cucur udang kena ada udang, cucur badak mana boleh taruk daging badak (melainkan anda tinggal di Afrika, ini mungkin sesuatu yang mungkin. Ya, mungkin). Perlukah Encik Ali akur dengan hakikat yang cucur dia tadak udang lepas dengar penjelasan ala ahli politik mak cik kapitalis ni?


Hakikatnya setiap hari kita diberi alasan yang langsung tidak munasabah di atas setiap kekurangan yang berlaku. Tak kisahlah alasan itu datang dari kawan, keluarga, bos tempat kerja, lecturer yang tak pandai ajar atau tak pandai langsung, pihak atasan, dan segala macam pihak. Mungkin ia sudah menjadi satu yang normal sampaikan akal fikiran kita sudah sanggup menerimanya sebagai alibi yang sah. Tapi, betulkah cucur udang tidak perlu diletak udang hanya kerana cucur badak tiada daging badak?


Nah, itulah dia teori cucur badak ku.


Boleh pakai? Atau mungkin ia cuma justifikasi hasil kebosanan tahap maksima ku.


Kamu rasa?


Welcome to the start of my endless ramblings aiming hard to start a paradigm shift. Or the justification of immersing in self reflection. Or my attempt in entertaining anyone who might be lucky/unlucky (depending on the way you look at it) enough to stumple upon my blog. Either way, I just want to say...



HI!!!!!!!!!!!

1 comment: