October 24, 2010

Quarter-life Crisis

1. Dulu masa kau sekolah kau pandai mencebik bibir bila mak tak bagi party sampai lewat malam. Kau mula berazam "hmmpphhh, bila dah 21 nanti, aku tak nak balik pun mama tak boleh kata apa-apa sebab aku dah besar dan kaya-raya". Masuk umur 23, kawan ajak lepak pergi mamak pun kau kasi warning awal-awal "Ok kot, tapi I kena balik sebelum pukul 12, esok kerja". Oh, kau juga belum kaya raya. Inilah Quarter-life Crisis.



2. Dulu masa sekolah kau rasa Modestos dah up gila babs dan Bangsar tu happening gila la (masa Form 2, Bangsar masih kira cool). Sekarang Modestos dah tutup, dan kau cuma pergi Bangsar sebab ada satu kedai tu nasi daun pisang dia mantap gila. Inilah Quarter-life Crisis.



3.Dulu masa kau sekolah, kau tak sabar nak kerja, sebab nak pegang duit sendiri. Sekarang kau dah bekerja kau perasan kau tak sempat pun nak pegang duit, sebab duit kau rajin berkelana ke tangan orang lain. Inilah Quarter-life Crisis.



4. Dulu masa kau sekolah, kiri kanan orang bagi nasihat jangan ada teman lelaki, semua tu tak elok, dosa, kau kecik lagi. Sekarang, kau belum lagi sempat upload gambar konvokesyen kau dalam fb, sedara-mara sudah mula bertanya "Bila nak kahwin?". Pastu kau rasa cam nak muntah dengar soalan ni. Inilah Quarter Life Crisis.



5. Dulu masa kau sekolah, bila kau tak puas hati pasal big bosses, kau kata "haisssyyy, cam ni ke duit mak bapak aku digunakan?". Sekarang, bila kau tak puas hati, kau kata "haisyyy, camni ke duit aku digunakan? Wait a minute, DUIT AKU????FATAFAKKKKK!!! $#@(*&@^&!%".Inilah Quarter Life Crisis.



6. Dulu masa sekolah, kau optimistik gila nak selamatkan dunia. Sekarang, nak percaya kau mampu selamatkan diri sendiri pun susah. Inilah Quarter Life Crisis.



7. Dulu masa sekolah, kau rasa buat benda jahat tu seronok gila. Sekarang ni, kau tengok orang yang masih hanyut kau geleng kepala pastu kata "bilalah, derang ni nak grow up". Pastu, kau pun tersedar yang hakikatnya, kau pun tadelah se-grown up mana. Inilah Quarter-life Crisis.



8. Kau mula rasa otak berserabut sebab banyak gila benda kau kena fikir sebab tanggungjawab mula bertambah. Nak kasi beban lagi, kau rasa kawan kau dah tak kisah pasal kau. Di situ kau silap. Bukannya orang tak kisah, tapi mereka sendiri ada masalah yang derang kena tanggung. Kawan- kawan kau semua sedang melalui benda yang sama macam kau(atau lebih berat). Sebab tu derang tak terdaya nak lebih-lebih macam kat skolah dulu. Tak percaya? sila lihat newsfeed kau. Boleh kata semua kawan kau tengah emo, bukan? boleh kata semua orang rasa dipinggirkan sekarang ni. Inilah Quarter-life Crisis.



9. Kau rasa semua orang lagi hebat dari kau.Kau mula rasa " aku dah hidup nak dekat suku abad, apa contribution aku kat dunia ni?". Semua orang tengah buat benda yang lagi best dari kau. Kau tahu kau kena bersyukur, dan memang kau bersyukur, tapi perasaan cemburu itu masih ada. Ironic gila, kawan yang kau rasa cemburu tu pun cemburu kat kau. Buru-buru cemburu? Hahaha. Inilah Quarter-life Crisis.



10. Walaupun sekarang ni kau rasa hidup dan dunia ni sungguh palat, masih ada sedikit ruang dalam akal dan hati kau yang berkata "It's not so bad, I think I'll make it, I just don't know how yet." Inilah Quarter-life Crisis.



According to Wikipedia, characteristics of quarter-life crisis may include

* realizing that the pursuits of one's peers are useless
* confronting their own mortality
* watching time slowly take its toll on their parents, only to realize they are next
* insecurity regarding the fact that their actions are meaningless
* insecurity concerning ability to love themselves, let alone another person
* insecurity regarding present accomplishments
* re-evaluation of close interpersonal relationships
* lack of friendships or romantic relationships, sexual frustration, and involuntary celibacy
* disappointment with one's job
* nostalgia for university, college, high school or elementary school life
* tendency to hold stronger opinions
* boredom with social interactions
* loss of closeness to high school and college friends
* financially-rooted stress (overwhelming college loans, unanticipatedly high cost of living, etc.)
* loneliness, depression and suicidal tendencies
* desire to have children
* a sense that everyone is, somehow, doing better than oneself
* frustration with social skills

Ada rasa macam kena batang hidung sendiri? Inilah Quarter-life Crisis.

2 comments:

  1. hahahahahahah. nice one.

    you put it together with so much fluency, im impressed! :)

    (kita dah tua, nak buat macam mana? haha)

    ReplyDelete
  2. awww, thanks! coming from you, I feel honored =)

    Perhaps it's a wee bit more fluent because it's based on a true story?ngeheheh.

    Ya, memang kita dah tua! *sobs*. Mesti kalau ada makcik pakcik yg baca ni geleng kepala tgk budak umur 23 tahun komplen dah tua =P

    ReplyDelete