June 24, 2010

Of Cheese Sandwich

So I made a grilled cheese sandwich just now, cause I was hungry. Offered it to my dad, and had one of the most random conversation ever with my dad.

Dad: Why all of a sudden you learn how to cook?
Me: Cause I have a lot of spare time.
Dad: *looks cynical*. Who's the guy?
Me:Huh?
Dad: The guy that you learned how to cook for.
Me: Hah???Mana ada sesapa. You people said I cannot cook,so now I cook la (I can, I just don't cook for my family =P)
Dad: *looks cynical* Betul ke ni?
Me: Betullah!
Dad: OK. Baguslah belajar masak. It will be useful when you're living alone.

Only after finishing off the sandwich did I realise the last remark was an insult =_="

June 13, 2010

30 Hari Mencari Cik Muse

Dah lebih sebulan duduk dekat rumah menganggur. Apa pencapaian aku?

Tiada pencapaian.

Oleh itu, sebab aku mahu start gatal menulis kembali, tapi kurang idea, saya curik idea dari Cik Tasha untuk ikut sama projek 30 hari menulis. Jadi mari saya membebel,eh,menulis dengan entri pertama

Day 01- Your Favourite Song



Memang susah nak pinpoint favourite song aku yang mana. Terlampau banyak. Tapi sebab aku baru beli CD Malique and the Essentials dan tengah masyuk melayan lagu-lagu mereka, aku taruk kat sini lagu Mata Hati telinga .

Satu cerita tentang manusia
Coba 'tuk memahami arti cinta
Benarkah cinta diatas segalanya
Hanyakah itu satu-satunya

Yang menjadi alasan untuk menutup mata
Tak melihat dunia yang sesungguhnya
Dan menjadi jawaban atas semua tanya
Yang kita harap mampu mewujudkan sebuah akhir bahagia

Buka mata hati telinga
Sesungguhnya masih ada yang lebih penting dari sekedar kata cinta
Yang kau inginkan tak selalu
Yang kau butuhkan mungkin memang yang paling penting
Cobalah untuk membuka mata hati telinga

Adakah kau rasakan kadang hati dan fikiran
Tak selalu sejalan seperti yang kau harapkan
Tuhan tolong tunjukkan apa yang 'kan datang
Hikmah dari semua misteri yang tak terpecahkan



Indah bukan liriknya? Aku tafsirkan "cinta" yang dimaksudkan di sini adalah cinta sesama seorang perempuan dan lelaki (bf/gf punya cintun la).Aku sebenarnya dah penat gila jawab soalan kawan-kawan/ sedara-mara yang cakap:

"You dah ada boyfriend? Tipulah takde!"
"Kenapa you takde boyfriend"
"You ni memilihlah!"(Ini tipu. Bukan aku yang memilih, tapi orang lain yang memilih.haha!)
"Camne you boleh hidup takde bf?"(pakai oksigen la!)
"Tak takut ke nanti suma dah kena rembat?"
"Orang kata, time universiti la cari bf. Bila dah kerja nanti semua dah ada yang punya"(Kalau ikut logik yang tak logik ini, memang konfem aku single sampai mati, lagipun aku dulu kat UIA, laki normal macam haram susah nak carik.)

Penatlah layan orang yang hidup dia cuma untuk bercintan-cintun ni. Cen't you guys open up your world just a little bit more? Macam lagu ni cakap, betulkah cinta itu mengatasi segalanya, sampai kita tak mahu melihat realiti dunia atau realiti situasi diri sendiri?

Sometimes the heart should follow the mind, sometimes the heart should tell the mind to stay at home and stop interfering-Unknown


But most of the time, the heart can be plain retarded. Especially when you've ignored it for a long time. Which is probably why the brain is anatomically designed to be on top. Mata dan telinga juga berada dekat sekali dengan bahagian otak,bukan?

See with your eyes, listen with your ears, deduce with your brain and act with a heart.

June 6, 2010

checklist

1. Baju Checked.

2. Cameras Checked.

3. Films Checked.

4. Charger camera Dammit. Time ni la ko nak hilang. Dah la tinggal satu bar je T_T!!

5. Berlagak dengan semua orang yang kau dah jadi jutawan Checked

6. Downloading songs into handphone. Pending

7. Google apa itu nasi liwat dan kek pan***. Checked.(halal untuk dimakan).

8. Praktis muka miskin supaya peniaga rasa kesian untuk menipu. Oh, muka miskin juga berguna untuk pergi ke kedai kamera mintak tolong charge bateri. Dah memang bakat semulajadi. Checked.


Indonesia, here I come!!

June 5, 2010

Nenek dan Generasi Kanak-Kanak Malang

Tersebutlah kisah, sekumpulan anak-anak yatim yang kurang bernasib baik tinggal bersama seorang nenek tua di pinggir sebuah kampung. Pada zahirnya, nenek itu kelihatan sangat mulia dan baik. Ye lah, jaga anak yatim, gila tinggi pahala dia. Dah la nenek ni pandai gila gebang kat orang kampung pasal kemuliaan hati dia menjaga anak yatim. Perghh, PR tak boleh tahan, BHP ngan A Famosa patut upah nenek ni.

Apa yang orang kampung tak tahu, nenek ni gila manipulatif. Dia kutip anak-anak yatim ni pun sebab nak duit Jabatan Kebajikan Masyarakat.Kalau duit yang dia dapat untuk kegunaan anak yatim, takpe, ni dia pakai untuk beli lipstik merah menyala (tak padan dengan umur) yang akan digayakan dengan baju bercorak zebra. Nenek ni ingat dia Madonna ke? Akibatnya, anak-anak yatim piatu di bawah jagaannya melarat tak cukup makan dan tak cukup segala-galanya lah!

Tak tahan dengan perangai nenek, Ali, salah seorang daripada anak yatim tersebut bertanya kepada nenek itu.


Ali: Nenek, boleh saya tahu, kenapa kami tak cukup makan?

Nenek:Sebab aku takde duit.

Ali: Jadi kenapa nenek jaga kami?

Nenek: Sebab aku nak buat duit.

Ali: *keliru*. Habis mana hasilnya?

Nenek: Kau jangan banyak tanya. Masa aku muda dulu-dulu,iaitu lebih kurang 500 tahun sebelum Masihi; aku tak pernah banyak tanya kat orang yang lebih tua kenapa itu, kenapa ini. Aku sangat mengagumi orang yang terdahulu. Apasal budak-budak zaman sekarang banyak songeh,hah??!!!

Ali: Kalau saya tak tegur, apa nak jadi dgn rumah ni, bukan ke ni hak kami? nenek pernah hantar income pergi audit tak?

Nenek: Inilah dia budak2 sekarang. Bukan budaya kita untuk mengaudit!. Duduk terima sajalah apa yang aku buat!

Ali: Walaupun kami akan kebulur?

Nenek: ya, walaupun kau kebulur. Ko jadi macam ni pun sebab semua salah korang sendiri! Aku tak dapat beli liptick Bobby Brown no.07 pun sebab korang tau tak?! Kita jadik macam ni pun semua sebab salah korang anak muda!!

Ali: Macam mana pulak ni salah kami?

Nenek: PHHHWWWWOOOOAAARRRRRR, KAU MEMANG SUKA BERTANYA. AKU BENCIIIII ORANG YANG LAGI MUDA/HENSEM/PANDAI DARI AKU.HAMIKKK KAAAUUUU!!!


Lalu nenek itu mengalami transformasi fizikal. Gigi dia menjadi lebih banyak dan tajam daripada tadi, badan menjadi lebih berbulu daripada biasa, habis baju zebra dia di carik-carik tanda protes (juga sebab badan dia dah besar, baju zebra dah tak muat). Badan pun kaler hijau.

Lalu Ali dipatah-patahkan dan dibaham oleh nenek jadian itu. Oh sebelum dibaham, Ali sempat dicicah sos Jalen.

Keesokan hari, kecoh satu kampung Ali hilang. Masyarakat kampung mencurigai nenek. Ada yang mati-mati kata derang nampak ngan mata sendiri apa yang terjadi. Nenek menafikan sekeras-kerasnya, dan seperti biasa, orang kampung menerima kenyataan nenek itu walaupun ramai yang tak percaya. Maka, dengan itu, insiden itu dilupakan seperti insiden-insiden yang lain di kampung tersebut.



Disclaimer: Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Daging manusia tidak mungkin sedap dicicah dengan sos Jalen.